Diving Club

INFORMASI MALAYSIA (INFO-MALAYSIA)

INFORMASI MALAYSIA yang juga dikenali sebagai INFO-MALAYSIA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2009. Pada awal penubuhannya, INFO-MALAYSIA menjalankan program dan aktiviti dalam usaha untuk menerangkan objektif dan fungsi gagasan 1Malaysia selaras dengan seruan Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melalui penerbitan 'BULETIN INFORMASI MALAYSIA'. INFORMASI MALAYSIA (INFO-MALAYSIA) telah di lancarkan oleh  Y.B Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan yang mewakili Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku menteri berkenaan pada 22 Januari 2011 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. Majlis perlancaran ini turut menyambut Malam Sambutan Ulang Tahun 1Malaysia yang dihadiri lebih daripada 500 orang jemputan yang terdiri daripada Badan NGO, Persatuan, Kesatuan Sekerja dan rakyat berbagai kaum dan seperti yang disiarkan oleh RTM.

Testimonials

Comming Soon!!!

KDR1M

Comming Soon!!!

KDR1M

KAD DISKAUN RAKYAT 1MALAYSIA

 

KDR1M merupakan satu projek khas yang diwujudkan untuk kegunaan semua lapisan rakyat Malaysia oleh INFORMASI MALAYSIA. Projek KDR1M ini merupakan pengerak utama dalam usaha mencapai misi dan matlamat selaras dengan dengan konsep gagasan 1Malaysia dimana ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ bagi mendapatkan potongan harga di tempat – tempat yang telah dikenalpasti dan di persetujui bersama oleh pihak peniaga (pedagang).

Pihak INFORMASI MALAYSIA telah membuat tinjauan secara rambang dengan orang ramai dan memperolehi maklum balas yang sangat positif termasuk sokongan daripada badan-badan NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pesara, dan Persatuan Penduduk yang ingin projek pelaksanaan KDR1M dilakukan dengan segera.

 

Pihak peniaga yang telah menyertai mengalu-alukan pelaksanaan projek KDR1M ini bukan sahaja untuk kepentingan perniagaan tetapi kepentingan bersama khususnya kepada rakyat. Pengerusi INFORMASI MALAYSIA, Y.BHG Dato’ Abd Rahman Manan serta Unit Khas KDR1M telah memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam pelaksanaan projek ini. KDR1M yang diwujudkan oleh INFORMASI MALAYSIA adalah di harap dapat rakyat yang memerlukan kemudahan tersebut selaras konsep 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.  Pihak INFORMASI MALAYSIA juga akan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk ‘Road Show’ melalui panel penyiaran Radio Bernama 24 INFO-MALAYSIA. Ini adalah untuk wujudkan suasana pengetahuan yang lebih mendalam mengenai KDR1M.